Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Melahirkan Sendirian Tepi Jalan, Wanita Sakit Jiwa Jaga Anaknya Dengan Penuh Cinta Kasih Sayang

                                     

Tindakan tersebut jauh berbeda dengan apa dilakukan wanita ini. Dia yang mempunyai masalah mental dan menjalani kehidupan sebagai gelandangan di Makati, Filipina selamat melahirkan anak perempuan di tepi jalan pada 18/3 lalu.

Bagaimanapun, wanita itu tidak membuang atau meninggalkan zuriatnya keseorangan sebaliknya menggendong bayi berkenaan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beberapa keping gambar wanita tersebut dimuat naik page Cong. Pidi Barzaga di laman Facebook sehingga tular setelah dikongsi dalam kalangan netizen.

Gambar di hospital pula kelihatan wanita itu setia menjaga anaknya dengan memakaikan sarung tangan dan tidur di sebelah bayi tersebut sebelum memberikan susu.

Walaupun tidak boleh berfikir dengan baik, namun ternyata dia masih mempunyai naluri kasih sayang sebagai ibu yang tetap ingin menjaga cahaya matanya.

sumber : kotakmedia.trade

Posting Komentar untuk "Melahirkan Sendirian Tepi Jalan, Wanita Sakit Jiwa Jaga Anaknya Dengan Penuh Cinta Kasih Sayang"